Jom ke Pesta Durian dan Buah-buahan

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BALIK PULAU – Jarang sekali durian Balik Pulau berbuah dua kali setahun! Menurut pemilik dusun yang hanya dikenali sebagai James, fenomena durian berbuah dua kali setahun hanya berlaku setiap 12 tahun sekali.

“Ia adalah tuah untuk orang Pulau Pinang dan pelancong kerana dapat menikmati keenakan buah durian pada bulan November/Disember selain musim utama, April/Mei lalu,’’ katanya bersempena Majlis Perasmian Pesta Durian dan Buah-buahan Anjung Indah anjuran pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut adalah Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir,
Law Choo Kiang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.

Antara jenis durian yang dijual adalah ‘musang king’ ‘D24’, ‘udang merah’, ‘labu’, ‘lipan’, ‘durian kampung’ dan banyak lagi.

Choo Kiang berkata, ia adalah satu kebetulan musim durian kedua jatuh pada musim cuti sekolah.

“Dengan ini, pemilik-pemilik dusun mampu menjana pendapatan yang lebih bagus,’’ ujarnya yang meminati durian jenis ‘musang king’
yang disifatkan isi lebih tebal, manis dan lebih lemak.

Dalam pada itu, Abdul Halim menyatakan bahawa beliau lebih meminati durian jenis ‘udang merah’.

“Durian ‘udang merah’ lebih lemak dan berkrim. Lebih kurang macam makan ais krim lah rasanya.

“Lagi pun, durian Pulau Pinang rasanya ada masin-masin sikit, mungkin sebab Balik Pulau adalah dikelilingi oleh laut,” seloroh beliau
ketika melawat gerai-gerai di sini.

LAW Choo Kiang (dua dari kanan) dan Abdul Halim Hussain (dua dari kiri) memilih durian untuk dirasa bersempena Majlis Perasmian Pesta Durian dan Buah-buahan di Anjung Indah di sini baru-baru ini.
LAW Choo Kiang (dua dari kanan) dan Abdul Halim Hussain (dua
dari kiri) memilih durian untuk dirasa bersempena Majlis Perasmian
Pesta Durian dan Buah-buahan di Anjung Indah di sini baru-baru ini.