Jom meriahkan Pesta Durian Bukit Mertajam minggu depan

Admin

MACHANG BUBOK – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) buat julung kalinya akan menganjurkan Pesta Durian Bukit Mertajam 2023 pada 24 dan 25 Jun ini dekat Mydin Bukit Mertajam bermula 9 pagi hingga 7 malam.

 

 

Menurut Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arshad, Pesta Durian Bukit Mertajam 2023 itu bertujuan mempromosikan ‘raja buah’ tersebut serta produk-produk berasaskan durian di kawasan Bukit Mertajam.

 

 

“Matlamat penganjuran Pesta Durian ini adalah untuk membantu peniaga dan pekebun kecil memasarkan dan mempromosikan buah durian dan produk giliran berasaskan durian.

 

 

 

“Di samping itu, durian jenis Durio Zibethinus dengan nombor pendaftaran D220 yang dikenali sebagai Tokun Top akan diperkenalkan.

 

 

 

“Pelbagai aktiviti menarik seperti demo masakan kuih-muih dan dodol berasaskan durian, jualan barangan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berasaskan durian dan gerai-gerai menjual durian,” ujar Azhar dalam satu sidang media di Green View Orchard, Bukit Mertajam di sini pagi tadi.

 

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon; Ahli Majlis bagi MBSP, Ong Jing Cheng dan David Marshel; Pengarah FAMA Pulau Pinang, Mohd. Azraie Ramli dan Pemilik Green View Orchard, Chong Pei Pei.

 

 

 

Khai Loon dalam pada itu berharap Pesta Durian Bukit Mertajam dapat mengetengahkan produk durian dari Bukit Mertajam yang tidak kurang hebatnya.

 

 

 

“Ini juga adalah usaha-usaha keras oleh pekebun-pekebun di Bukit Mertajam menghasilkan durian yang bermutu contohnya dihasilkan secara organik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita.

 

 

 

Difahamkan, baka Tokun Top sudah berusia 59 tahun dan mempunyai lima batang pokok merupakan variasi durian kampung dan kahwin premium didaftarkan di Bukit Mertajam.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS