Jom sertai Cultural Night Run 13 Julai ini

Admin
whatsapp image 2024 05 21 at 1.10.45 pm

GEORGE TOWN – Penganjuran acara larian “Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge 2024” kali ketiga pada 13 Julai ini menyasarkan 3,000 sehingga 5,000 jumlah penyertaan dari dalam dan luar negara.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata bahawa acara larian berkenaan merupakan aktiviti riadah yang unik dan berbeza daripada acara lain yang pernah dianjurkan di negeri ini.

“Kerajaan Negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalinkan kerjasama erat dengan Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dalam menjayakan acara larian ini.

“Acara larian berkenaan melibatkan gabungan larian santai dan juga larian kompetitif sejauh 12 kilometer (km) dan 21km bermula jam 8 malam sehingga 1 pagi dekat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Selain itu, penganjuran “VIP Cultural Charity Walk” turut diadakan bertujuan mengumpul umbangan daripada perusahaan swasta daripada pelbagai sektor dan agensi melibatkan larian sejauh 3km,” ujarnya semasa menyempurnakan sidang media Majlis Pelancaran “Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge 2024” semalam.

 

whatsapp image 2024 05 21 at 1.10.44 pm
SEKITAR sesi sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi LLM Berhad, Dato’ Idrus Mat Tais; Pengarah Wilayah Utara LLM, Ir. Mohd. Fahizan Ibrahim; Ketua Bahagian Operasi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Hussin Mohammad dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Harry Chai Heng Hua.

whatsapp image 2024 05 21 at 1.10.42 pm
DANIEL Gooi Zi Sen.

Mengulas lanjut, Zi Sen turut memaklumkan bahawa pelbagai persembahan kebudayaan bakal disajikan untuk para peserta.

Beliau percaya bahawa acara tersebut mampu menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta berupaya mempromosi budaya yang unik di Pulau Pianng kepada pelancong asing.

“Tidak ketinggalan, pelbagai persembahan kebudayaan turut diadakan di lokasi tertentu sepanjang laluan larian seperti Boria, Chingay, Bhangra, tarian Melayu, India serta banyak lagi aktiviti yang menggambarkan konsep budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

“Para peserta turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik jika menyertai ‘Cultural Run’ bagi jarak 5km melibatkan pakaian dan kostum terbaik.

“Oleh itu, jangan lupa untuk mengajak keluarga anda memperagakan pakaian kebudayaan paling cantik dan unik semasa acara larian nanti,” ujarnya.

Bagi yang berminat boleh layari laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/34483/cultural-night-run-2024 sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 Jun 2024.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD