SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengadakan siri sulung program Mesra Pelanggan pada 12 April 2025 di Setia Experience Center, Bandar Setia Fontaines , Kepala Batas.
Datuk Bandar, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berharap mereka yang membeli unit kediaman di sekitar kawasan tersebut dapat menyertai program pada hari itu terutama jika mereka mahu memohon kelulusan bagi kerja-kerja pengubahsuaian, penambahan atau pindaan bagi struktur hartanah mereka.
“Pihak MBSP mengalu-alukan semua pihak yang mempunyai rumah kediaman supaya mendapatkan kelulusan bagi sebarang pindaan dan tambahan yang hendak dijalankan ke atas rumah kediaman mereka.
“Ini bagi memastikan supaya semua kerja-kerja binaan dijalankan dengan teratur dan mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas kerja-kerja binaan yang dijalankan tanpa kebenaran,” jelasnya semasa berucap dalam Mesyuarat Majlis Penuh Kali Ke-609 Bil. 3/2025 di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya di sini pada 20 Mac 2025.
Hubungi Jabatan Bangunan MBSP di talian 04-549 7737 / 7776 untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai program tersebut.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS