Jom sertai Program Merdeka Hike Ogos ini!

Admin
85d88785 e362 443a 9244 8d372ba068d8

AIR ITAM – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun ini, Parlimen Bukit Bendera julung kalinya menganjurkan ‘Program Merdeka Hike 2024’ sebagai tanda memupuk semangat cinta akan negara.

3bedd244 5465 4662 81f2 55484a31c991
SYERLEENA Abdul Rashid.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, program tersebut adalah platform untuk memupuk semangat patriotisme yang kini dilihat kian menipis dalam kalangan masyarakat.

“Acara ini juga merupakan kolaborasi bersama Coway Co. dan bakal dianjurkan buat pertama kalinya sebagai sebuah wadah baharu dalam mempromosikan sukan mendaki.

“Selain dari memupuk rasa cinta akan negara, program ini juga bertepatan kerana negeri ini mempunyai banyak laluan mendaki terutamanya di kawasan Parlimen Bukit Bendera.

“(Dan) kita juga sedia maklum bahawa Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai sebuah hab pelancongan, secara tidak langsung program sebegini mampu merancakkan ekonomi negeri serta berupaya melahirkan masyarakat yang sihat,” ujarnya semasa sesi sidang media dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), R. Vickneson; Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Bendera, R. Nelamurthi serta wakil-wakil penaja.

5a6a9203 3352 4bdd b583 7b7b16df4c3f
SYERLEENA (kanan) menunjukkan butiran Program Merdeka Hike 2024 yang bakal diadakan Ogos ini.

Mengulas lanjut, Syerleena turut berharap program tersebut mendapat sambutan yang baik serta penyertaan dari setiap lapisan masyarakat.

screenshot
IMBAS kod QR untuk mendaftar.

“Peserta kini boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak penaja, penyertaan sehingga 300 peserta terawal sahaja dan akan ditutup setelah penuh.

“Selain itu, peserta kanak-kanak juga dialu-alukan untuk sertai aktiviti mendaki sejauh 6 kilometer (km) ini, dengan pengawasan penuh dari ibu bapa, kru mendaki juga akan bersedia di setiap ‘check point’ jika anda memerlukan sebarang bantuan.

“Untuk makluman, peserta juga perlu berkumpul seawal 7.30 pagi di Dewan MPKK Bukit Bendera sebelum memulakan pendakian ke Hye Keat Meeting Point sambil mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya sambil memaklumkan baju kemeja-t dan peralatan dakian turut disediakan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD