Jom tonton filem Ola Bola berkonsepkan wayang pacak

Admin

PENGKALAN KOTA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid percaya program Layar Bestari berkonsepkan wayang pacak mampu meningkatkan interaksi antara masyarakat.

Melalui Layar Bestari yang akan diadakan pada 6,7 dan 8 Disember di tiga lokasi berlainan bakal menayangkan filem Ola-Bola berkonsepkan wayang pacak yang pernah popular sekitar tahun 60an dan 70an di Malaysia secara percuma.

“Jadi ini peuang untuk anda semua bawa keluarga, rakan-rakan duduk santai… bila tengok dunia sekarang interaksi antara masyarakat itu kurang.

“Jadi dengan adanya program seperti ini ianya bakal mengembalikan semangat Malaysia antara masyarakat dan itu yang kita sasarkan,” ujar beliau dalam satu sidang media mempromosikan  Layar Bestari di Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Pulau Pinang dekat Bangunan MARA Weld Quay petang tadi.

Hadir sama, ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit; ADUN Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen dan Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Lim Miow Juang.

Tambah Syerleena, tayangan pada 6 Disember ini akan diadakan di kawasan parkir Pasar Awam Taman Tun Sardon jam 8:30 malam, 7 Disember di Taman Kejiranan Macallum (Pengkaln Kota) dan 8 Disember di padang Medan Maktab (Pulau Tikus) juga waktu yang sama.

Difahamkan JPM Pulau Pinang turut akan mengadakan sesi ceramah penerangan pada malam program Layar Bestari.

Chun Kit dalam sidang media tersebut menjelaskan Ola-Bola merupakan filem patriotik yang wajib tonton keranan ianya memaparkan semangat pasukan bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DANNY OOI