Ke arah Pulau Pinang Bersih & Hijau

 CATATAN Y.A.B. KETUA MENTERI

Tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai tugas pihak berkuasa terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan. Pandangan ini adalah salah sebenarnya. Sebaliknya jika setiap orang daripada kita sedar akan kebersihan adalah tanggungjawab bersama, sebenarnya apa yang diperlukan cuma sedikit sahaja, iaitu dengan tidak mengotorkan kawasan di sekeliling kita walau di mana jua kita berada, serta tidak membuang sampah melainkan di tempat-tempat yang disepatutnya.’’

Itulah sebabnya Kerajaan Negeri bersedia melaksanakan program 3P- pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan demi menjayakan inisiatif Pulau Pinang yang lebih bersih dan lebih hijau. Selain daripada pendidikan dan penguatkuasaan, penghargaan dalam bentuk hadiah dan pengiktirafan akan diberikan kepada mereka yang bersih.’’

Negara kita mendukung wawasan mencapai pengiktirafan sebagai negara maju pada tahun 2020 dan sekarang kita sedang berusaha dengan giat agar negeri Pulau Pinang dapat dinaiktarafkan sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa. Pra-syarat negara maju dan bertaraf antarabangsa adalah yang bersih dan hijau.’’.

Melihat kepada keadaan yang menjijikan hasil perbuatan kita sendiri iaitu pengamalan tabiat membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya di dalam saluran longkang, renungkan, siapa yang sanggup turun untuk membersihkan kotoran berkenaan.

Saya telah menanyakan YDP MPPP mengapa kelengkapan moden dan selamat tidak dibeli supaya mereka tidak perlu menjalankan kerja kotor sedemikian. Jawapan yang diterima adalah mengejutkan iaitu atas permintaan mereka sendiri demi dapat menjalankan kerja dengan efektif kerana mesin tidak berkesan langsung.

Malah mereka tidak berpuashati dengan mana-mana pihak yang menyalahkan MPPP tidak membekalkan kelengkapan moden kerana ini adalah hasrat mereka. Ini tunjukkan komitmen tinggi mereka dan saya harap pemberita boleh sahkan perkara ini dengan mereka.’’

Kerja ini bukan remeh, sebaliknya, ia memerlukan satu pengorbanan yang tinggi! Justeru, sebagai Kerajaan PR berjiwa rakyat, adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan beri harapan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang.’’

Pulau Pinang sbagai negeri pertama di Malaysia :

  • Menjalankan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik bermula Julai 2009. Kerajaan Negeri melancarkan kempen mensyaratkan di dalam lesen perniagaan bahawa semua pasar raya besar dan pasar raya perlu manjalankan kempen tanpa beg plastik selama 3 hari seminggu dan untuk kedai tunggal sehari seminggu.
  • Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk tidak menggunakan bekas makanan plastik dan polisterin bagi majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri. Pelaksanaan larangan penggunaan polisterin oleh penjaja-penjaja bakal dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan galakkan penggunaan bekas plastik biodegradable.
  • Pembersihan sungai Juru dan Sungai Pinang. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila Sungai Juru telah dikeluarkan dari senarai antara tujuh sungai tercemar di Malaysia.