GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara sedang berusaha mencalonkan tiga warisan tak ketara iaitu Kebaya Nyonya, Chingay dan Tarian Singa sebagai UNESCO Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.
Exco Pelancongan & Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai menjelaskan perkara itu sebagai menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng sempena persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 27 November 2024.
“Pakaian tradisional kebaya Nyonya telah dicalonkan secara bersama oleh Malaysia, Brunei (Darussalam), Indonesia dan Thailand pada tahun 2023 sebagai “Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practice”.
“Pencalonan ini sedang dalam proses penilaian oleh pihak UNESCO p(Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya yang juga ADUN Paya Terubong.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT