Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
DAPAT PERHATIAN… Inisiatif turun padang Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam telah berjaya membantu sepasang suami isteri yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan.
Menurut Asrol, hasil bancian kemiskinan yang diadakan di Permatang Bertam, masalah kediaman dan tandas usang sepasang suami isteri warga emas yang dialami sejak 10 tahun lalu dapat diselesaikan dengan sumbangan khas bernilai RM5,000 yang disampaikan.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, Hafizi Mohamad dan beberapa ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Permatang Serdang.
Selain pasangan suami isteri itu, turut dibanci adalah lima kediaman lain yang turut dikategorikan sebagai kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera untuk membaiki rumah sedia ada.