GEORGE TOWN – Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 450 kes keganasan rumah tangga direkodkan di Pulau Pinang pada tahun 2022, dan sejumlah 288 kes direkodkan sehingga September tahun ini.
Mengikut gender, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata bahawa sebanyak 105 kes keganasan rumah tangga melibatkan lekaki pada tahun 2022 dan 64 kes sehingga September tahun ini.
“Keganasan itu tak kira gender… (bentuk) keganasan itu macam-macam, secara fizikal atau verbal.
“(Contoh keganasan secara verbal seperti) : Kamu tak layak jadi lelaki lah atau ditampar atau pembulian siber, itu juga suatu bentuk keganasan.
“Sekarang, telah ada lelaki yang sudah berani menyuarakan mereka juga menjadi mangsa (keganasan), kalau dahulu tidak ada,” jelasnya dalam Sesi Soalan Lisan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 28 September 2023.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Azmi Alang dalam sesi soalan tambahan meminta Siew Khim memperincikan bentuk kegasanan rumah tangga yang dihadapi gender lelaki, sama ada dikasari oleh isteri atau pasangan lelaki.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT