Kegusaran nelayan Kuala Sungai Abdul terungkai

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

PARA pegawai MPSP dan TNB mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah para nelayan di Kuala Sungai Abdul di sini baru-baru ini.
PARA pegawai MPSP dan TNB mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah para
nelayan di Kuala Sungai Abdul di sini baru-baru ini.

PADANG BENGGALI – Dilema para nelayan yang kecurian beberapa unit enjin bot akhirnya selesai hasil pertemuan khas yang diatur oleh Ketua Pengelola Teknikal Kawasan dan Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Bertam di sini baru-baru ini.

Ekoran pertemuan tersebut, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak pantas memasang tiga unit tiang lampu di kawasan dikenalpasti.

Menurut PPK Bertam, Asrol Sani, ekoran kejadian kes kecurian tersebut rezeki para nelayan. mereka telah memohon beberapa tiang lampu bagi menerangi kawasan gelap di sekitar kawasan tempat penyimpanan peralatan memukat termasuk enjin bot.

“Dalam pada itu, saya amat berterima kasih kepada MPSP dan TNB kerana bertindak pantas terhadap aduan yang diajukan rakyat,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.