Kehadiran ikan lumba-lumba bukti perairan bersih

VISUAL sekawan ikan lumba-lumba yang d i r a k a m s e o r a n g j u r u t e r a p r o j e k Jambatan Kedua Pulau Pinang di perairan Batu Maung di sini baru-baru ini.
VISUAL sekawan ikan umba-lumba yang di rakam seorang jurutera projek ambatan Kedua Pulau inang di perairan Batu aung di sini baru-baru ni.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNKehadiran sekawan ikan lumba-lumba yang berjaya dirakam seorang jurutera projek Jambatan Kedua Pulau Pinang di perairan Batu Maung di sini baru-baru ini sedikit sebanyak membuktikan perairan berkenaan mengalami peningkatan dari segi kebersihan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, seperti yang kita ketahui, ikan lumba-lumba selalunya akan hanya melalui perairan yang bersih.

“Ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa perairan di Pulau Pinang terutamanya di Batu Maung telah mengalami peningkatan dari segi kebersihan.

“Bila air bersih, ikan pun nak datang, air bersih begitu juga dengan Pulau Pinang yang mempunyai kerajaan yang bersih,” ujarnya pada siding media bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Malik, sungguhpun segelintir penduduk tempatan mendakwa pernah terlihat kelibat lumba-lumba di perairan Pulau Pinang sebelum ini, namun, ianya muncul di sekitar perairan sebelah Teluk Kumbar dan Balik Pulau yang sememangnya sedikit kurang pencemaran berbanding perairan Batu Maung yang begitu hamper dengan zon perindustrian di sini.

“Ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa perairan berhampiran zon perindustrian sudah mengalami sedikit perubahan positif hasil inisiatif Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti alam sekitar sejak empat tahun mentadbir,’’ elas beliau.