GEORGE TOWN – Kontinjen Sarawak menjuarai Kejohanan Bola Sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Peringkat Kebangsaan Edisi 2024, selepas menewaskan Johor, 1-0.
Paul Anak Sambang yang menyarung jersi nombor 18 menyumbang gol tunggal pada minit ke-38, sekali gus mengikat jurang kemenangan sehingga saat akhir perlawanan tersebut.


Skuad Pulau Pinang hanya berkongsi podium tempat ketiga dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selepas tewas dengan Johor dalam saingan separuh akhir menerusi sepakan penalti 3-5 di padang Universiti Sains Malaysia (USM) pada pagi tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Rosli Isa yang juga Yang Dipertua MAKSAK Pulau Pinang menyampai hadiah kepada para pemenang pelbagai kategori penganjuran.

Turut menyaksikan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zakuan Zakaria merangkap Naib Yang Dipertua 1 MAKSAK negeri; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (SPS), Khairul Nizam Hashim merangkap Naib Yang Dipertua 2 Negeri; Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Radin Hedly Syah Radin Mohamad Hambali dan Setiausaha Kehormat MAKSAK Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud.
Pulau Pinang adalah tuan rumah penganjuran MAKSAK Edisi kali ini, yang berlangsung sejak 31 Julai lepas hingga hari ini, 4 Ogos 2024.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR