GEORGE TOWN – Prihatin dengan kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan, Zulaika Batriesya Mohamad Zafian, 9, yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di Sungai Nibong Kecil, baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah menyampaikan sumbangan khas kepada keluarga mangsa terbabit.
Sumbangan berkenaan merupakan tambahan kepada bantuan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri melalui tabung bantuan Tuan Yang Terutama (TYT) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Y.B. Sim Tze Tzin sebelum ini.
Dalam pada itu, setiap keluarga menerima sumbangan bernilai RM1,000 manakala nenek kepada Allahyarham Zulaika Batriesya menerima RM2,000 hasil sumbangan peribadi Ketua Menteri.
Nenek Allahyarham, Rosnah Ibrahim dan bapa saudara, Noor Fairizul Izan hadir menerima sumbangan tersebut.