Kemas kini skop kerja penguatkuasaan PATI, seru Ketua Menteri

b4c97bff 320b 4bce a02b 5ae12893287c

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Imigresen Malaysia  (JIM) Pulau Pinang di pejabatnya pagi tadi.

 

 

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memaklumkan mengenai pelantikan Pengarah JIM Pulau Pinang yang baharu, Nur Zulfa Ibrahim.

 

 

Dalam pertemuan itu, Kon Yeow turut meminta Nur Zulfa untuk mengemas kini skop-skop kerja jabatan berkaitan terutamanya melibatkan penguatkuasaan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

 

Antara perbincangan lain yang turut diketengahkan termasuk kaunter JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, isu Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) serta mengesan majikan yang menggajikan PATI untuk bekerja.

 

 

Nur Zulfa dalam pada itu memaklumkan bahawa pihaknya kini turut merangka operasi penguatkuasaan bagi tahun 2024 dalam usaha membanteras PATI mengikut lokasi serta  industri yang dikenal pasti.

7ecc7124 dff6 4d4e a7e6 62b9561775b2

 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Pengurusan, P. Arvind; Ketua Bahagian Khidmat Korporat Imigresen, Nur Mazni Saari dan tiga pegawai lain.

 

 

Selamat menjalankan tugas!

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI