Kementerian Ekonomi lulus RM1 juta untuk naik taraf landskap DUN Pantai Jerejak

Admin
img 3963

PANTAI JEREJAK – Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Koperasi, Fahmi Zainol mengumumkan Kementerian Ekonomi meluluskan RM1 juta bagi tujuan naik taraf landskap di Kawasann Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.

 

Melalui peruntukan tersebut, ia juga akan digunakan untuk manfaat kerja-kerja pembersihan.

 

“Antara yang akan kita cuba wujudkan adalah satu ‘taman cahaya’ di DUN Pantai Jerejak yang saya rasa mampu menjadi tarikan kelak.

“Selain itu projek-projek naik taraf melibatkan landskap, laluan pejalan kaki, projek-projek pembersihan dan lain-lain lagi,” ujar Fahmi ketika berucap pada Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat DUN Pantai Jerejak di Dewan Pasar Awam Bayan Baru, 25 Oktober lalu.

 

Dengan peruntukan landskap tersebut, Fahmi percaya, DUN Pantai Jerejak mampu menonjolkan imej berbeza berbanding kawasan-kawasan lain.

 

Pada majlis tersebut, seramai 150 keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam meringankan beban menyambut Deepavali.

img 3957

Turut hadir, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; pimpinan-pimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Jerejak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI