Kemeriahan rumah terbuka bukti rakyat bersama Kerajaan Negeri

40661230 ce99 4ab8 87c9 ca9e63acbbe1

PANTAI JEREJAK- Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berlangsung meriah dengan kahadiran hampir 10,000 tetamu daripada pelbagai latar belakang di sini sebentar tadi.

 

 

Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ditemani isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Nor.

 

0db96bc9 591a 40e5 a5e8 47c0b468711e

Kon Yeow dalam sidang media ringkas menyatakan bahawa kemeriahan yang dizahirkan rakyat Pulau Pinang pada penganjuran majlis berkaitan menunjukkan kebersamaan mereka bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

 

51ad5dc3 2933 4f61 9158 776cc8b27273

 

“Ini (sambutan rumah terbuka) merupakan satu platform yang sesuai untuk menunjukkan  bahawa rakyat bersama-sama barisan pemimpin meraikan sambutan bukan sahaja Tahun Baharu Cina malah juga apa-apa perayaan lain jua.

 

 

“Ini menunjukkan usaha baik daripada rakyat untuk bersama-sama kita membangunkan negeri Pulau Pinang,” ujarnya.

 

 

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang bersama isteri; mantan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Rosli Isa; Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; barisan Exco Kerajaan Negeri; para ADUN; Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir. A. Rajenderan; ketua-ketua jabatan negeri serta Persekutuan dan tetamu-tetamu kehormat lain.

 

 

 

Acara pembukaan menyaksikan Ahmad Fuzi bersama-sama Kon Yeow dan dif-dif kehormat menyempurnakan acara  ‘lor sang’ di meja utama.

 

 

1b5ad3a0 5316 4c3d adfd ea2ffb9bc27b

Serentak itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian singa; tarian moden oleh Persatuan Penari Euphoria Pulau Pinang; puppet show; persembahan gendang tradisional serta nyanyian.

 

 

Antara juadah yang disediakan adalah mi goreng, nasi dalca, sate, dimsum, buah-buahan, minuman dan lain-lain lagi.

 

 

Di akhir majlis, Kon Yeow dan isteri mengedarkan ‘angpau’ kepada kanak-kanak serta penghuni rumah-rumah kebajikan yang dijemput khas.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR/ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Video : DARWINA MOHD. DAUD/NOOR SITI NABILAH NOORAZIS