Kemeriahan sambutan perayaan bukti masyarakat hidup harmoni

img 9367

BATU LANCANG –  Suasana meriah setiap kali tibanya sambutan perayaan besar di Pulau Pinang membuktikan masyarakat negeri ini mampu hidup dalam suasana harmoni tanpa dipengaruhi anasir negatif.

Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer berkata, pelbagai cabaran telah dilalui oleh rakyat berbilang kaum di negeri ini termasuk pasca penularan pandemik COVID-19 telah mengajar masyarakat untuk hidup bersatu padu dan saling membantu.

 

img 9360

“Hari ini Aidilfitri turut diraikan oleh pelbagai kaum, begitu juga perayaan-perayaan besar kaum lain yang turut diraikan bersama-sama.

“Marilah kita bersatu padu, jalan terus demi memajukan Pulau Pinang tanpa ada sebarang perselisihan.

img 9346

“Saya juga berharap agar kerjasama pusat khidmat Jelutong dan wakil-wakil komuniti dapat diteruskan demi keamanan dan kesejahteraan penduduk,” ujarnya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelutong anjuran bersama Surau Nurul Ehsan Jalan Kurau di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan dif-dif jemputan lain.

Rayer turut memaklumkan bahawa pihaknya senantiasa mahu memastikan penduduk di kawasan Jalan Kurau menikmati hidup lebih selesa dengan pelaksanaan beberapa projek termasuk penukaran tangki air dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI