Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Parlimen Tanjong semarak ‘Jiwa Merdeka’

Admin
9f11454a d25a 4cc6 831d efd731b15884

SELARAS dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, Sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 peringkat Parlimen Tanjong dilancarkan secara gilang-gemilang dan penuh kemeriahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Island sebentar tadi.

086c6973 c1e1 416f a815 70b9a5ed5d1b
LIM Hui Ying.

Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying berkata sebanyak 21 buah sekolah sekitar Parlimen Tanjong telah mengambil bahagian menerima bendera Jalur Gemilang sebagai tanda memupuk semangat cinta akan negara terhadap diri pelajar.

“Secara keseluruhannya, tema sambutan kemerdekaan pada kali ini melambangkan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini secara holistik ke arah kemajuan yang progresif.

“Sehubungan itu, murid-murid (di sini) merupakan generasi yang akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia pada masa hadapan, oleh itu kekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, berakhlak mulia, berdisiplin serta mencapai kejayaan yang cemerlang baik dari segi kokurikulum dan juga kurikulum apabila dewasa kelak.

“(Dan) tidak ketinggalan kita juga perlu terapkan nilai murni seperti menghormati budaya dan adat masing-masing dalam mencapai satu buah rakyat Malaysia MADANI yang harmoni di samping mencapai dan merealisasikan Visi Penang2030,” ujarnya semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Sekolah-sekolah di bawah Parlimen Tanjong dekat sini.

8ba85e0a 7cf9 43c2 841f b580439de02b
SUASANA mengibar Jalur Gemilang diiringi lagu patriotik.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Alan Lim Wei Lun; Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Mohamad Zawawi Ahmad serta barisan guru dan wakil-wakil jabatan.

Sementara itu, pemberita turut berkesempatan meninjau suasana kempen ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ di sekitar Parlimen Tanjong.

dsc 3112
K. Muniandy ditemui pemberita semasa kempen Kibarkan Jalur Gemilang baru-baru ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Pelangi, K. MUNIANDY berkata pemasangan bendera dilakukan setiap tahun sejak 20 tahun lepas bukan sahaja sempena sambutan Hari Kebangsaan, malahan juga Hari Malaysia.

“KRT Pangsapuri Pelangi mengambil inisiatif memasang bendera di sekitar kawasan perumahan serta bakal mengedarkan bendera Jalur Gemilang di setiap unit rumah bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan Kebangsaan.

“Kempen ini merupakan acara wajib yang dilaksanakan saban tahun dan turut menerima sambutan yang menggalakkan dari kalangan penduduk yang berbilang kaum.

dsc 3120
PENDUDUK KRT Pangsapuri Pelangi mengibar bendera Jalur Gemilang.

“(Dan) kempen tersebut turut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong serta ADUN Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng yang turut sama-sama memasang sebanyak 80 bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan Pangsapuri Pelangi dekat Lintang Macallum semalam.

“Justeru, saya berharap inisiatif ini dapat dijadikan sebagai contoh serta inspirasi kepada sentimen patriotik setiap rakyat secara menyeluruh,” jelasnya sambil menambah bakal menganjurkan pelbagai pertandingan menarik.

Seorang guru, BARISAL BIVI SHAIK DAWOOD turut menyatakan kempen pada tahun ini dilihat bakal meriah dek murid-murid mulai teruja dengan pelbagai tentatif menarik sepanjang bulan Kebangsaan berlangsung.

b37a7e5d c25d 4d57 98f4 0afca2cd3a8c
MURID-MURID yang terlibat dengan penyertaan pertandingan mewarna.

“Barisan guru sememangnya telah mengatur pelbagai aktiviti menarik setiap minggu bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dek kini dilihat kian menipis.

“Sebagai contoh, hari ini murid-murid mengenakan busana bertemakan Kemerdekaan, ibu bapa juga sudah tahu setiap tahun pasti ada banyak pertandingan dianjurkan seperti ‘fashion show’, bersajak, nyanyian lagu patriotik, mewarna dan banyak lagi.

a168478d cda0 4f61 bfa0 49c671c2a1c0
GELAGAT murid-murid mengenakan busana Kemerdekaan sebentar tadi.

“Tidak dinafikan, ibu bapa juga sangat teruja apabila tibanya bulan Kebangsaan kerana telah membuat persediaan rapi untuk anak-anak mereka mengenakan busana Kemerdekaan yang sangat menarik dan kreatif.

“Sudah tentu sebagai pendidik, kami berasa bangga dan seronok melihat kesungguhan dan sifat patriotisme murid-murid, adalah diharapkan semangat ini kekal teguh untuk sambutan akan datang,” tambahnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN & ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI