Kempen Masyarakat Lestari promosi gaya hidup sihat

Admin
ABDUL Halim Hussain dan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yu s o f ( k i r i s e k a l i ) bergambar bersama motosikal milik H.M.C Motor Club sempena penganjuran Kempen Masyarakat Lestari di sini baru-baru ini.
ABDUL Halim Hussain dan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd. Yusof (kiri sekali) bergambar bersama
motosikal milik H.M.C Motor Club sempena penganjuran Kempen Masyarakat Lestari di
sini baru-baru ini.

TELUK BAHANG – Kempen Masyarakat Lestari anjuran Pusat Khidmat Datuk Abdul Halim Hussain dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Teluk Bahang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini telah berjaya menarik kehadiran lebih daripada 500 pengunjung.

“Kempen ini bukan sahaja untuk mempromosikan gaya hidup sihat, malah untuk memberi ruang masyarakat setempat mendampingi badan-badan kerajaan dan swasta serta merapatkan hubungan tetangga,” ujar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain ketika mengulas mengenai penganjuran program berkenaan di sini baru-baru ini.

Kempen yang diadakan sehari tersebut lebih berbentuk santai dan berkonsepkan karnival. Malah kehadiran beberapa agensi kerajaan seperti Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang, MPPP, Jabatan Veterinar Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis diRaja Malaysia (PDRM) ternyata menghidupkan suasana.

Selain itu, dalam kempen tersebut juga turut diadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Bersesuaian dengan tema yang dipilih ‘Hidup Sihat Hargai Kehijauan’, kita turut menjemput Dr. Foo dari Klinik Kesihatan Bukit Mertajam untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan ‘Cleaner Greener Penang’ dalam semua aspek,” ujar Abdul Halim lagi.