Kerajaan Negeri komited perkukuh sektor penjagaan kesihatan di setiap daerah – Ketua Menteri

Admin
400b4e6d 7b3c 486d 9a4a fb518f780b3d

PULAU BETONGKlinik Kesihatan Air Putih yang telah dirasmikan pada 7 Jun 2024 lalu kini mampu menampung seramai 500 pesakit dalam satu hari bagi menggantikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Air Putih sedia ada.

0664faf4 e935 416c aa58 853cc298befeKetua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, pihaknya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited menyokong dan memperkukuh sektor penjagaan kesihatan di Pulau Pinang.

“Pentadbiran ini akan terus menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menambah baik prasarana serta kemudahan demi kesejahteraan anda dan para pesakit.

“Malah, (Kerajaan Negeri) juga ada menyenaraikan pembinaan dua fasiliti kesihatan di bawah senarai Projek Keutamaan Negeri bagi Permohonan Khas Projek Pembangunan (Negeri Pulau Pinang) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bagi memastikan rakyat di setiap daerah menerima penjagaan kesihatan yang terbaik.

1dd792c1 8973 4e73 94a7 5a58110527ef“Buktinya, hari ini merupakan manifestasi komitmen pihak kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan kesihatan di daerah Barat Daya,” ujarnya semasa menyempurnakan Iftar Rakyat Bersama-sama Kakitangan Kesihatan dekat sini sebentar tadi.

131acdfa e017 4edb a55c 415f38e9d9c9Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Dato’ Azrul Mahathir Aziz; Ahli Parlimen Balik Pulau, Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Pegawai Daerah Barat Daya, Dato’ Rosli Halim; Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Rozaini Mat Shah; Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Ahmad Razaaim Azimi, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Nurhidayah Che Rose dan Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri, Gooi Seong Kin.

Turut serta, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, barisan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan sekitar, kakitangan kesihatan yang diraikan serta dif-dif jemputan kehormat.

cb183975 bd96 444e b003 0d0fdf61ccba Mengulas lanjut, Kon Yeow turut menyatakan bahawa kerjasama antara wakil penduduk serta sektor kerajaan adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah komuniti yang bertanggungjawab.

b5478db2 8e7e 4393 bd6b a7e7a5bd5cfb“Pada kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Pegawai PPK Pulau Betong serta barisan MPKK setempat yang turut bekerjasama meringankan beban sektor kesihatan serta membantu penduduk setempat mendapatkan bantuan kesihatan yang diperlukan.

“Justeru, bagi memudahkan kerja-kerja penyampaian bantuan kepada yang memerlukan, saya dengan ini telah meluluskan permohonan oleh MPKK Titi Teras untuk pembelian katil hospital, kerusi roda serta lampin pakai buang yang berjumlah RM10,000 untuk diedarkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam kawasan ini di bawah program ‘Jelajah Kesihatan’.

“Diharapkan pihak MPKK dapat memegang amanah ini sebaiknya dengan menjaga, meminjamkan aset-aset berkaitan kepada pihak yang memerlukan dan dikembalikan semula apabila tidak memerlukan lagi,” jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

Pada majlis berkaitan, Kon Yeow turut berkesempatan menyampaikan 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan turut melibatkan kehadiran kira-kira 500 tetamu secara keseluruhannya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT