DATUK KERAMAT – Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo mengumumkan, Kerajaan Negeri telah meluluskan RM200,000 bagi menyelenggara struktur bumbung blok KE, Rumah Pangsa Taman Free School.
Kelulusan tersebut menjadikan kelulusan melalui Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Peratus Pulau Pinang (TPM80PP) sudah mencecah hampir RM324 juta sejak diperkenalkan.
“Kita akan teruskan usaha ini dan tahun baru 2023 ini adalah satu contoh kepada rakyat habawa Kerajaan Negeri sentiasa prihatin melalui bantuan seperti ini.
“Sementara menunggu pembaharuan untuk skim perumaham Taman Free School ini kita akan sentiasa pastikan ada penyelenggaraan yang sempurna untuk penduduk dan penghuni di sini khususnya.
“Saya juga telah minta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memercepatkan permohonan mengecat semula beberapa blok di Tama Free School yang di bawa penyelenggaraan olej Majlis,” ujar beliau pada sidang media Pengumumnan Kelulusan Penyelenggaraan Bumbung dekat Taman Free School di sini kelmarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer; Ahli Majlis bagi MBPP, Nicholas Theng Jie Wey; dan Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, ‘Ainul Fadhilah Samsudi.
Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dijadualkan bertemu dengan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini bagi membincangkan permohonan skim Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Pinang dan permohonan penyelenggaraan skim-skim perumahan yang layak.
“Ini melibatkan permohonan-permohonan yang lama sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November 2022,” katanya lagi.
Sejurus sidang media, Jagdeep mengadakan kunjungan ke Pasar Awam Taman Free School dan Kompleks Makanan untuk mengedarkan limau sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : EXCO