Kerajaan Negeri mengalu-alukan rancangan perkhidmatan kereta api terus Bangkok – Pulau Pinang

Admin
img 20240822 wa0011 曹观友欢迎重新开通曼谷来往北海的火车服务,旁为黄汉伟。

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan kereta api terus Bangkok – Pulau Pinang dalam masa terdekat.

 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan pemberita usai majlis menandatangani kolaborasi MTT Hospitality dan Pan Pacific Hotels Group di sini tengah hari ini.

 

Selain meningkatkan aliran trafik penumpang, Kon Yeow memberitahu bahawa perkhidmatan tersebut juga akan meningkatkan perkhidmatan kargo untuk kedua-dua hala.

 

“Malah, ia juga memberi peluang perniagaan untuk syarikat di Pulau Pinang di samping membawa masuk pelancong,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Kon Yeow memaklumkan bahawa sekiranya dilaksanakan kelak, perkhidmatan tersebut menawarkan alternatif terutama kepada mereka yang ingin menikmati kelainan suasana.

 

Perjalanan Bangkok ke Pulau Pinang dan sebaliknya mempunyai ‘charm’ dan daya tarikan tersendiri, tidak sama jika berada di jalan raya atau menaiki kapal terbang

 

Sebelum ini, terdapat laporan media yang memetik bahawa syarikat kereta api dari Thailand, SRT mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan kereta api terus dari Terminal Besar Bang Sue, Bangkok ke Butterworth, Pulau Pinang dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

 

Dalam perkembangan lain, Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan berhubung penyelarasan gaji penjawat awam Pulau Pinang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah Pegawai Kewangan Negeri yang sedang bercuti kembali bertugas.

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN