Kerajaan Negeri peruntuk RM364,000 bina parkir tambahan

Admin

SERI DELIMA – Setelah lebih 10 tahun gagal dilaksanakan akibat masalah pemilikan tanah, akhirknya tapak parkir di Jalan Kaki Bukit, Kampung Buah Pala berkeluasan 2,700 meter persegi, bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid, dengan adanya tapak parkir itu ia mampu menampung tambahan 54 buah kenderaan pada satu-satu masa.

 

 

“Sebenarnya projek ini sudah lama diusahkan sejak mantan ADUN, R.S.N. Rayer menjadi wakil rakyat di sini lagi, namun terdapat beberapa isu berbangkit pada ketika itu sehinggalah baru-baru ini berjaya diselesaikan.

 

 

“Seperti mana kita faham, kawasan ini terdapat banyak terdapat tempat tumpuan seperti Penang Math Platform (PMP), Dewan Akademi Badminton dan beberapa pusat pembelajaran yang menjadikan kawasan parkir agak terhad dan memerlukan parkir tambahan.

 

 

“Difahamkan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada bulan Julai dan mengambil masa selama 16 minggu untuk disiapkan,” ujar Syerleena pada Majlis Pecah Tanah Projek Membina Dataran Kejat Lot 428, Jalan Kaki Bukit, Kampung Buah Pala di sini baru-baru ini.

 

 

Turut hadir, Pegawai Daerah bagi Pejabat Daerah dan Tanah bagi Daerah Timur Laut (DTL), Rosli Halim; Penghulu bagi kawasan Bukit Gelugor, Nasrizal Nasib dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung setempat.

 

 

Rosli dalam pada itu memberitahu, pihaknya merupakan badan pelaksana melalui dana yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM364,000.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD