Kerajaan Negeri PR tunai janji – RM200 Program Anak Emas diagihkan

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

PARA ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk merakam detik-detik manis bayi masing-masing bersama Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Anak Emas Peringkat Daerah Barat Daya di Dewan Balora Mastika, Balik Pulau baru-baru ini. Bersempena dengan majlis tersebut, seramai 1,162 bayi yang dilahirkan pada 1 Januari 2011 ke atas telah menerima sumbangan RM200 di bawah pengimplementasian Program Anak Emas daripada Ketua Menteri sendiri di seluruh negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Gambar oleh Alissala Thian.
PARA ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk merakam detik-detik manis bayi masing-masing bersama Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Anak Emas Peringkat Daerah Barat Daya di Dewan Balora Mastika, Balik Pulau baru-baru ini. Bersempena dengan majlis tersebut, seramai 1,162 bayi yang dilahirkan pada 1 Januari 2011 ke atas
telah menerima sumbangan RM200 di bawah pengimplementasian Program Anak Emas daripada Ketua Menteri sendiri di seluruh negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Gambar oleh Alissala Thian.

GEORGE TOWN – Sumbangan RM200 Program Anak Emas bukan retorik semata-mata, sebaliknya, ia telah dibuktikan apabila seramai 1,162 anak emas daripada 1,384 yang telah berdaftar telah dirai dan diagihkan sumbangan masing-masing pada 1 Januari lalu di sini.

Majlis penyampaian sumbangan di empat daerah yang dijalankan pada hari sama disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng membabitkan 194 anak emas dari Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut (402), Daerah Seberang Perai Utara (271) dan Daerah Seberang Perai Tengah (295).

Apa yang menarik, ketika majlis penyampaian diadakan, dewan-dewan dan juga auditorium riuh dengan gelak ketawa, tangisan dan juga suara-suara manja anak emas yang masing-masing dibawa oleh ibu bapa. Malah, kesempatan tersebut turut digunakan untuk bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan pemimpin-pemimpin negeri yang lain.

ZANITA Othman.
ZANITA Othman.

Bagi ibu muda kepada seorang cahaya mata, Zanita Othman, 26, sumbangan yang diadakan pada hari pertama tahun 2012 adalah sangat bermakna kerana ia juga merupakan hari lahir anaknya, Nur Herza.

“Sumbangan yang amat bermakna dan umpama hadiah hari jadi buat Nur Herza yang genap setahun hari ini, ianya akan digunakan untuk simpanan pelajarannya kelak,” begitulah perungkapan gembira dan terharu yang diluahkan Zanita ketika diminta mengulas mengenai pemberian RM200 oleh Kerajaan Negeri sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Penghargaan Anak Emas Sesi Pertama Peringkat Daerah Barat Daya di Dewan Balora Mastika, Balik Pulau baru-baru ini.

Lazimnya, Program Anak Emas adalah penghargaan kepada generasi baru yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis pada masa akan datang. Justeru, Kerajaan Negeri dijangka memperuntukkan RM5 juta setahun berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri yang mencatatkan kira-kira 20,000 kelahiran setiap tahun di negeri ini.

Dalam pada itu, Tio Teng Su, 34, yang mewakili dua orang cahaya mata kembarnya berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan program seumpama ini, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga besar yang berpendapatan rendah di negeri ini.

Bagi S. Jagathiswaran dari Permatang Pauh, beliau melahirkan perasaan gembira dan bersyukur kerana anak pertamanya, Sharwin Sitharaaj yang berusia tujuh bulan merupakan antara bayi bertuah yang menerima sumbangan tersebut pada sesi sumbagan pertama program.

Seorang penerima Daerah Timur Laut, Dan Salleh, 40, bersyukur kerana dua daripada anaknya dapat menikmati sumbangan daripada Kerajaan Negeri sekaligus dapat mengurangkan sedikit beban tanggungannya sebagai seorang pemandu lori.

“Syukur Kerajaan Negeri menghargai dan mengambil berat tentang rakyat sekeliling. Duit ini akan digunakan untuk membuka buku akaun simpanan mereka,” ujarnya yang menerima RM200 bagi pihak anaknya, Mohamed Amsyar Iqbal, 11 bulan. Manakala, Nur Anniesa Nasyura, 10 tahun turut layak menerima sumbangan RM100 daripada Kerajaan Negeri kerana bakal melangkah ke tahun empat di bawah Program Pelajar Emas.