Kerajaan Negeri sasar 10,000 peserta sertai Haria! Mega Zumba sempena Hari Wanita Sedunia 2023

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyasarkan seramai 10,000 peserta bakal menyertai acara Haria! Mega Zumba sempena penganjuran Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023  Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 11 Mac ini.

Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng berkata sasaran itu ditetapkan dalam misi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penganjuran acara ‘Zumba Terbesar’ di negara ini.

“Haria! Mega Zumba merupakan acara tumpuan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini dan kita menjangkakan lautan ungu peserta akan membanjiri Midtown Perda Kubang Menerong dekat Tasek Gelugor pada hari berkenaan.

“Rekod ini nampak mustahil tetapi saya percaya warga Pulau Pinang mampu melakukannya,” katanya pada sidang media dekat Komtar di sini sebentar tadi.

Chong Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri memperkenalkan logo penganjuran Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada sidang media dekat Komtar sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim; Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Ong Bee Leng; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Tan Soo Siang serta ahli-ahli lembaga pengarah PWDC.

Mengulas lanjut, Chong Eng berkata, penganjuran acara Haria! Mega Zumba juga bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat selain para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah.

“Dengan yuran hanya RM10, peserta akan mendapat baju ‘t-shirt’ serta sijil digital yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MBOR.

“Oleh itu, saya menyeru warga Pulau Pinang sama ada wanita mahupun lelaki untuk bersama-sama memeriahkan acara ini sekali gus memecahkan rekod Malaysia,” serunya.

Bertemakan ‘Merangkul Kesamarataan’, Chong Eng memberitahu bahawa penganjuran Sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini akan disambut pada skala lebih besar dan meriah dengan sokongan oleh pelbagai pemegang taruh.

“Tema ini memberikan penekanan mengenai penglibatan setiap lapisan masyarakat, wanita dan lelaki, tua atau muda serta orang kurang upaya (OKU).

“Pemilihan tema ini adalah selaras dengan dasar Keterangkuman Gender Kerajaan Negeri yang memberi tumpuan terhadap ‘Kelompok Berlainan, Keperluan Berbeza’ serta untuk memenuhi inisiatif strategik dalam Visi Penang2030,” jelasnya.

Selain Zumba, sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini turut dimeriahkan dengan pelbagai lagi acara yang akan dianjurkan sepanjang bulan Mac ini seperti Fiesta Ungu X Karnival Keusahawanan, pertandingan mewarna dan melukis, forum wanita serta pertandingan video kreatif di Tik Tok.

Difahamkan, majlis perasmian acara yang penuh gilang-gemilang itu akan diadakan pada 11 Mac 2023 dekat Dewan Milenium, Kepala Batas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penganjuran acara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini oleh layari www.pwdc.org.my.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyasarkan seramai 10,000 peserta akan menyertai acara Haria! Mega Zumba sempena penganjuran Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 pada 11 Mac ini.

Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng berkata sasaran itu ditetapkan dalam misi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penganjuran acara ‘Zumba Terbesar’ di negara ini.

“Haria! Mega Zumba merupakan acara tumpuan sambutan Hari Wanita tahun ini dan kita menjangkakan lautan ungu peserta akan membanjiri Midtown Perda Kubang Menerong dekat Tasek Gelugor pada hari berkenaan.