Kerajaan Negeri teruskan perancangan serta pelan-pelan tindakan sistem penyampaian air

Admin
db05cc79 bf50 45ea baf1 e4abd3fe2694

PULAU BETONG – Dengan pengumuman Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan sesi lawatan lawatan ini, kita telah pastikan bahawa semua kawasan telah menerima bekalan air.

 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa, dengan kawasan terakhir iaitu penghujung saluran paip (EoL) di Balik Pulau menerima bekalan air, boleh diisytiharkan bahawa gangguan bekalan air berjadual 10 hingga 14 Januari ini telah tamat.

 

 

“Pengajaran daripada operasi ini adalah walaupun sukar, dengan notis yang panjang, penduduk telah menyimpan air, tambahan pula dengan tangki-tangki yang disediakan dan lori-lori tangki syarikat bekalan air dari negeri lain, maka operasi ini kini telah  tamat.

 

 

“Sebagai Kerajaan Negeri, kita memang sedar akan cabaran yang perlu diharungi, kita akan teruskan perancangan serta pelan-pelan tindakan sistem penyampaian air di Pulau Pinang ini.

ef94217c cfab 4062 93ef d69342fdb3a3

 

“Lebih dekat lagi, kerja-kerja untuk memasang dua paip gantian pada paip yang sudah bocor di dasar Sungai Perai, kerja-kerja sudah mula hari ini, jentera-jentara sudah dimobilisasikan.

 

 

“Diharapkan kerja-kerja ini mengambil masa yang pendek, kalau boleh dipercepatkan kepada 21 hari atau 15 hari itu lebih baik, kita akan beri pengumuman kepada pengguna-pengguna yang akan terkesan apabila sambungan perlu dibuat untuk meneruskan penyampaian perkhidmatan air ke daerah Barat Daya,” ujarnya pada sesi lawatan ke Flat Taman Lily, Flat Focus Height, Taman Seri Indah dan Taman Desa Genting, Balik Pulau di sini sebentar tadi.

 

 

 

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari; Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri, Gooi Seong Kin; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Edward Tan; Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri/Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri, Yap Lee Ying; Pengarah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan, Ewe Chee Way; wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat; wakil PBAPP dan Persatuan Bomba Sukarela (PBS).

 

9020b71d 721b 454b 8396 4636a9525ec1

Menerusi lawatan tersebut Kon Yeow turut dimaklumkan mengenai kelewatan pembekalan air ke skim-skim rumah flat di Balik Pulau akibat ketiadaan pam air.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI/NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD/AHMAD ADIL MUHAMAD

Video : ALISSALA THIAN/NOOR SITI NABILAH NOORAZIS