Kerajaan Negeri tubuh jawatankuasa khas tangani isu kesihatan mental

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras isu-isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental.

 

 

 

Exco Belia, Sukan dan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata bahawa jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kesihatan Mental Pulau Pinang itu telah ditubuhkan pada 14 November tahun ini.

 

 

Katanya, jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Befrienders Penang, I-Life Suicide Prevention Association, Kiwanis Penang Central, Persatuan Minda D’Home dan PG Care Society.

 

 

 

“Mereka menyelaraskan semua usaha sama ada dari awam dan swasta untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan mental.

 

 

 

“Ini kerana, jika kita melihat semula, gejalah bunuh diri ini adalah amat berkait rapat dengan kesihatan mental.

 

 

 

“Justeru, adalah penting untuk Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa ini bagi menangani isu-isu berkaitan kesihatan mental,” pada Sesi Penggulungan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 di sini semalam.

 

 

 

Selain itu, Zi Sen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata, aplikasi MyMinda yang boleh diakses melalui aplikasi Mysejahtera turut diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

 

 

“Saringan awal tekanan mental dan kes-kes yang dijalankan melalui aplikasi MyMinda tersebut akan dirujuk kepada talian HEAL (Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan) yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam setiap hari,” ujarnya.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN