Keriangan Aidilfitri terukir di Penaga

Admin
KIBARAN Jalur Gemilang simbolik sambutan Merdeka Raya oleh anak-anak yatim dan para penyumbang pada penganjuran Karnival Mahabbah di sini baru-baru ini.
KIBARAN Jalur Gemilang simbolik sambutan Merdeka Raya oleh anak-anak yatim dan para penyumbang pada penganjuran Karnival Mahabbah di sini baru-baru ini.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

PENAGASudah menjadi kelaziman buat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain bahawa acapkali tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik pasti diraikan.

Rosidi berkata, pada tahun ini, anak-anak yatim di sekitar kawasan Penaga diraikan dengan penuh gilang-gemilang pada penganjuran Karnival Mahabbah di sini baru-baru ini.

“Ini merupakan program bantuan dan sumbangan yang ketujuh kepada anak-anak yatim di sini.

“Alhamdulillah, hasil usaha semua pihak termasuk Pusat Khidmat PPK, Zakat Pulau Pinang dan badan-badan bukan kerajaan, kita dapat menjayakan karnival kali ini,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini barubaru ini.

Karnival yang diadakan di Kiosk Bertam, Bertam Perdana turut dijayakan oleh para penyumbang prihatin.

“Selain sumbangan duit raya, turut disumbangkan adalah barangan sampingan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri berjumlah RM250.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengukir keriangan di wajah anakanak yatim ketika berhari raya,” tambah Rosidi lagi.