Kerja penyambungan paip di Permatang Pauh siap 90 peratus, bekalan air dijangka pulih 10 malam ini

img 20241005 wa0023

SEBERANG JAYA – Kerja-kerja penyambungan dan pengoperasian bahagian baharu saluran paip dekat Permatang Pauh telah siap 90 peratus, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. K. Pathmanathan.

Beliau berkata, kerja-kerja kimpalan akhir sedang dijalankan dan proses pemulihan bekalan air bagi kawasan terjejas dijangka berlaku secara berperingkat bermula pukul 10 malam ini.

7f6f5f1b 9c95 4070 b521 f6e582441760
Zairil Khir Johari (kiri) bersama-sama K. Pathmanathan pada sidang media di sini sebentar tadi.

“PBAPP menepati sasaran untuk menormalkan bekalan air kepada kira-kira 118,000 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) menjelang 10 malam ini.

“Sehingga pukul 1 petang hari ini, kerja-kerja untuk menyambung dan mengoperasikan bahagian baharu saluran paip sepanjang 180 meter (m), berdiameter 1.2m berhampiran kampus Politeknik Permatang Pauh telah mencapai tahap 90 peratus siap.

“Sekiranya tidak berlaku keadaan di luar jangka, kerja-kerja yang dijalankan setakat ini adalah mengikut jadual.

“PBAPP komited untuk memulihkan bekalan air kepada semua pengguna terjejas di daerah SPT dan SPS bermula jam 10 malam ini,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan tapak di sini sebentar tadi.

4a652231 4255 4d1d b8af 5c209f37d754188bad1e 9cd4 49ba 8a8d 813fff69f49e2549055f bdb7 4bec b824 4080c8fbbfc1

 

 

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari.

Difahamkan, kontraktor bagi syarikat utiliti lain telah merosakkan satu bahagian paip yang tertanam kira-kira 15m di bawah longkang monsun berhampiran kampus Politeknik Permatang Pauh di sini semasa menjalankan kerja-kerja pada 19 September lalu.

Paip yang rosak tersebut adalah sebahagian daripada paip utama, berdiameter 1.2m (3.9 kaki), yang digunakan oleh PBAPP untuk mengepam sejumlah besar air ke arah selatan dari Loji Rawatan Air Sungai Dua, yang merupakan loji rawatan air terbesar di negeri ini.

Dalam pada itu, Zairil menggesa pengguna di kawasan terjejas supaya bersabar bagi tempoh sedikit masa lagi kerana PBAPP sedang melakukan yang terbaik bagi mempercepatkan kerja-kerja yang sedang dijalankan.

Beliau juga berharap agar kerja-kerja penyambungan dan pengoperasian semula saluran paip tersebut dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

Kerja-kerja penyambungan bahagian saluran paip dekat Permatang Pauh dianggarkan menelan kos kira-kira RM2 juta.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS