Kes demam denggi menurun pada ME32, kematian tambah satu kes

Admin
img 1255

GEORGE TOWN – Kes demam denggi dalam Minggu Epidemiologi ke-32 (ME32) menurun pada 67 iaitu bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos lepas berbanding 83 pada minggu sebelum itu dengan tambahan satu kes kematian lagi.

Semalam, menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mendedahkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME31 adalah sebanyak 3,087 dengan enam kes kematian.

Mengikut Daerah, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan masing-masing mencatatkan dua kes kematian semasa, sementara dua daerah lain iaitu Barat Daya dan Seberang Perai Utara masih sifar kes kematian.

Terdapat lima hotspot baharu dikenal pasti pada ME31 iaitu dua di BJ Court, Kondominium Sri York (1), dan dua lagi di Flat Taman Bagan yang disifatkan sebagai lokaliti wabak tak terkawal (WTK).

Dalam perkembangan lain, JKNPP melaporkan sehingga ME32 menyaksikan tiada langsung kes wabak chikungunya direkodkan di kelima-lima daerah negeri.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB