Ketua Menteri harap Bazar Ramadan Terbesar di George Town jana pendapatan tambahan 92 peniaga

Admin
c0d0f4a8 6408 43c1 a6f4 dc0472a22131 KETUA Menteri (dua dari kiri) diiringi Uu Ban Lee (kiri sekali) dan barisan pemimpin lain turut menyertai jerayawara, seusai menyempurna acara perasmian pembukaan Bazar Ramadan Terbesar Di George Town di perkarangan kawasan lapang Lanskap A, pasar raya Prangin di sini pada 7 Mac 2025.

GEORGE TOWN – Sepanjang bulan Ramadan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap inisiatif badan pengurusan bersama (JMB) Prangin Mall menganjurkan Bazar Ramadan Terbesar di George Town bakal membantu 92 peniaga di sini menambahkan pendapatan masing-masing.

 

9f9d6122 5f46 4ea9 a357 c720bf9bc872
KETUA Menteri dalam sidang berkaitan di sini pada petang tadi.

Beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkata demikian kepada pemberita, seusai menyempurna majlis perasmian bazar tersebut di sini pada 7 Mac 2025.

“Saya pasti setiap peniaga dapat berniaga dengan lebih baik dan memenuhi aspirasi kita (Kerajaan Negeri) untuk membantu peniaga mendapat pendapatan tambahan dalam bulan ini,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Bercakap dalam sidang media sama, Pengerusi Penganjur Prangin Mall – JMB, Uu Ban Lee menyatakan bahawa pihaknya turut menggalakkan para penggerai supaya menyediakan makanan dengan harga patut supaya menjana lebih ramai pengunjung baik dalam kalangan komuniti setempat mahupun pelancong asing.

“Kita minta mereka (para peniaga) bagi harga patut, kalau mahal sangat nanti tiada pengunjung.

“(Bagi saya), harga ok. Semua riang beratur panjang (untuk membeli juadah,” ujarnya.

Turut serta, ADUN Komtar, Teh Lai Heng; Pengerusi Masjid Jamek Perangin, Aznan Abdul Mutaliff dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Benjy Ang Ming Quan.

d6d74bab 6d7d 40e2 98aa 52d77cbafb8e
KETUA Menteri (dua dari kiri) dan barisan pemimpin lain menyertai acara agihan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan Terbesar Di George Town, di perkarangan luar Lanskap A pasar raya Prangin di sini tadi.

Sebelum itu, Kon Yeow bersama-sama barisan pemimpin negeri lain turut menyertai acara agihan bubur lambuk serta jerayawara di bazar tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN
Video : LIM MIN JUN