Ketua Menteri hargai usaha Kiwanis wujudkan bilik cara kerja di Hospital Pulau Pinang

Admin
be8552c9 84f9 4dd1 ab27 cc5970ac5050

GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) kini mempunyai Kiwanis Sensory Room dekat Unit Terapi CaraKerja, hasil sumbangan daripada pihak Kiwanis Club of Penang Sentral.

a0c660c3 19fc 4e42 adca 2f98b0a38d81
KETUA Menteri menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis berkaitan di sini pada petang tadi.
e430f881 ac0b 4e07 aeec 8aed56473476
KETUA Menteri menandatangani plak bagi menyempurna acara gimik perasmian pembukaan Kiwanis Sensory Room di Unit Pemulihan CaraKerja, Hospital Pulau Pinang.

Sebelum menyempurna acara perasmian kemudahan baharu itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pentadbirannya berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat serta pihak berkepentingan tampil memberi sumbangan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di hospital-hospital kerajaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

“Saya dimaklumkan bahawa lebih 6,000 pesakit kanak-kanak yang mengunjungi Unit Terapi CaraKerja di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap tahun, yang mana majoritinya menerima rawatan bagi perkembangan fizikal serta perkembangan mental serta kognitif seperti autisme dan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD).

“Ada keperluan memang tidak padat dipenuhi tetapi saya bersyukur kerana Kiwanis Club of Penang Central melihat sedikit daripada keperluan-keperluan besar ini (iaitu keperluan kemudahan terapi cara lebih berkualiti di HPP).

“Di Pulau Pinang, anda (rakyat) tidak sendirian, (maka) saya amat mengalukan sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada semua pihak bagi memasukkan semua anak-anak terbela serta mendapat peluang yang sama rata,” jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi dalam majlis berkaitan di sini pada 13 Februari 2025.

Di samping itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan menyatakan bahawa pihaknya senantiasa akan menyokong usaha serta perancangan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan infrastruktur berkaitan sektor perkhidmatan kesihatan awam di Pulau Pinang.

Selain Dr. Fazilah, turut berucap, Presiden Kiwanis Club Penang Central, Ir. Dr. Ngoo Seong Boon.

Hadir sama, ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze; Dr. B. Maheshvar (wakil kepada Pengarah HPP); Mama Kiwanis, Puan Sri Dato’ Khir Johari; Gabenor Daerah Kiwanis Malaysia, Olivia Chin dan Dr. Wan Rozita (wakil Ketua Jabatan Rehabilitasi Hospital Pulau Pinang).

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : SIEW CHIA EN