Ketua Menteri ikrar tingkat kecekapan urus projek infrastruktur utama negeri

5cbacb93 e12c 4f0e 94a8 53a2807dd629 KETUA Menteri (tengah, kanan) bersama-sama sekalian pemimpin negeri lain menggaul hidangan Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat KADUN Padang Kota di Lee Kongsi Jalan Burma di sini pada 1 Februari 2025.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berikrar akan terus meningkatkan mutu kecekapan tadbir urus Kerajaan Negeri dalam menyiapkan beberapa projek infrastruktur berkaitan rakyat yang telah diumumkan sebelum ini.

ea6b407c a6bb 43e9 850e 0c777b61640e
KETUA Menteri

Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menyatakan sedemikian semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota di di sini pada 1 Februari 2025.

“Sebenarnya pada tahun 2025, kita (Kerajaan Negeri) perlu memperhebat lagi kecekapan pelaksanaan projek-projek yang telah diumumkan sebelum ini.

“Maka, baik peringkat Persekutuan mahupun Negeri (Pulau Pinang) dan Kerajaan Tempatan, saya dan rakan-rakan saya (dalam Kerajaan Negeri Perpaduan) akan memastikan kita teruskan usaha pada tahun ini (2025) demi mencapai prestasi lebih cemerlang,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Di samping itu, beliau berkata bahawa sokongan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Pakatan Harapan (PH) serta rakyat di negeri ini adalah sangat penting dalam memperkukuh kerjasama di bawah ‘payung’ Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang.

“Tanpa sokongan parti baik DAP mahupun PH ataupun rakan-rakan dari Perpaduan, kita (Kerajaan Negeri) tidak dapat menyaksikan kecemerlangan yang diperoleh pada tahun 2024,” ujarnya yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow menyatakan bahawa pentadbirannya akan terus memperkukuh sokongan rakyat pada peringkat akar umbi supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Seri Law Choo Kiang; barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Tanjong merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; ADUN-ADUN, Ahli-ahli Parlimen; para Ahli Majlis kedua-dua pihak berkuasa tempatan; veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan barisan jemputan lain.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI