Ketua Menteri jamin sokong agenda pembangunan Sungai Bakap jika Cikgu Johari jadi ADUN

Admin
e6bcf048 1b0e 4d45 a527 ebc7173feb90 KETUA Menteri

SUNGAI BAKAP – Kerajaan Negeri hari ini akan memberi sokongan penuh kepada syor pembangunan lokal yang diutarakan oleh Cikgu Joohari atau Dr. Joohari Ariffin jika calon Perpaduan berkenaan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap yang baharu.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berharap sekalian pengundi berdaftar memberi undi kepada calon Perpaduan berkenaan pada Hari Pembuangan Undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 yang dijadualkan pada 6 Julai nanti.

cb56b6d8 445b 4081 9f9d b2f0fd02c6d8
KETUA Menteri (dua dari kanan) bersama-sama Joohari Ariffin (dua dari kiri) dan beberapa jentera Perpaduan lain merakamkan gambar di sini tadi.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama-sama Komuniti di Dewan Perkampungan Sungai Kechil dekat sini pada 23 Jun 2024.

“Saya ingin memberi jaminan kepada Cikgu Joohari dan pengundi-pengundi di sini, sekiranya Cikgu Joohari dipilih sebagai wakil rakyat, saya sebagai Ketua Menteri dan seluruh jentera Kerajaan Negeri akan menyokong kerja-kerja membantu rakyat di Sungai Bakap ini,” jelasnya yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah dan Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa pentadbirannya senantiasa berusaha menangani isu tekanan air rendah di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) sekitar Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Bakap.

Menurut beliau, projek pemajuan Loji Rawatan Air Bukit Panchor sebenarnya telahpun menangani isu tekanan air rendah di kawasan kejiranan EoL sekitar Sungai Kechil.

“Sebenarnya Sungai Kechil tiada masalah (tekanan air rendah) kerana menerima bekalan air dari (LRA) Bukit Panchor,” ujarnya.

Manakala projek pemajuan LRA ‘tambahan’ Sungai Kerian pula, Kon Yeow memberitahu bahawa akan ambil masa dua tahun untuk siap dengan membekalkan kapasiti 114 juta liter sehari (MLD), sekali gus menangani isu tekanan air rendah di Daerah SPS termasuk KADUN Sungai Bakap nanti.

“Pada masa sama, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sudah melaksanakan beberapa projek bagi menambah kapasiti air di kawasan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) ini,” ulasnya lanjut.

Kon Yeow berkata, Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang sedang diusahakan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim ketika ini bukan sahaja akan menyebabkan situasi tekanan air rendah di sekitar SPS termasuk Sungai Bakap kini dipulihkan kelak, malah juga membawa limpahan kemakmuran ekonomi ke selatan negeri Pulau Pinang ini.

62007b58 ad68 4902 b6bc 4e19854ea7bc
CIKGU Joohari Ariffin (berdiri, kanan sekali) menyantuni pengundi berbangsa India di Perkampungan Sungai Kechil di sini tadi.

Berucap sebelum itu, Joohari memberi komitmen untuk mengangkat isu serta agenda pembangunan rakyat tempatan memandangkan beliau adalah anak jadi serta belajar di Sungai Bakap, serta pernah berkhidmat sebagai guru terlatih di sini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar & Video : AHMAD ADIL MUHAMAD