Ketua Menteri lawat Hotayi Electronic

Admin

LAWATAN KHAS… Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini telah mengadakan lawatan kerja singkat ke Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Tengah, Perai di sini.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah organisasi pembuatan bersepadu yang khusus dalam perkhidmatan pembuatan elektronik kontrak (EMS). Antara produk keluaran syarikat tersebut ialah televisyen LCD, camcorder, audio kereta, audio kereta dengan bluetooth dan sebagainya.

Dikenali dengan kecemerlangan operasinya, Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. juga terkenal dalam menyampaikan nilai kepada pelanggan di seluruh dunia dengan produk-produk serta perkhidmatan terbaik.

KETUA Menteri ditemani lembaga pengarah dan para pegawai ketika lawatan kerja ke Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri
ditemani lembaga
pengarah dan para
pegawai ketika
lawatan kerja ke
Hotayi Electronic
(M) Sdn. Bhd. di sini
baru-baru ini.