Ketua Menteri perincikan anggaran peningkatan hasil Kerajaan Negeri tahun 2025

chow kon yeow KETUA Menteri semasa sesi penggulungan Exco sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 28 November 2024.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri menjangkakan anggaran hasil bagi tahun 2025 ditingkatkan menjadi RM385.21 juta, berbanding anggaran hasil yang disemak pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM373.52 juta.

Mengikut perincian, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa RM24.89 juta cukai langsung akan menyumbang kepada peningkatan hasil negeri pada tahun hadapan.

Menurut Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu lagi, RM40.85 juta cukai tidak langsung termasuk cukai tiket wayang sebanyak RM9.65 juta) dan cukai tiket taman tema (RM15.25 juta) turut akan menyumbang pada peningkatan hasil Kerajaan Negeri pada tahun hadapan.

“(Selain itu, peningkatan hasil Kerajaan Negeri juga turut melalui lesen dan permit sebanyak RM7.68 juta; bayaran perkhidmatan (RM5.41 juta (serta) perolehan dari penjualan barang-barang RM73.31 juta, contohnya premium pemberian milikan tanah sebanyak RM63.91 juta,” jelasnya dalam sesi penggulungan sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 28 November 2024.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri pada tahun hadapan turut dijangkan memperoleh hasil tambahan menerusi sewaan sebanyak RM213.82 juta (sebagai contoh) sewaan pelbagai oleh CMI sebanyak RM212 juta (iaitu) kenaan sewaan bulanan dan hasil pajakan tanah yang telah termaktub di dalam perjanjian serta penjualan tanah Kerajaan Negeri di Lot 642, Gelugor dan Plot A dan B di Gurney Bay).

“Denda dan hukuman sebanyak RM3.96 juta (turut menyumbang pada peningkatan hasil Kerajaan Negeri pada tahun hadapan)… (begitu juga) pulangan balik perbelanjaan sebanyak RM20,188.00; serta terimaan dari agensi kerajaan sebanyak RM25.27 juta (yanbg mana) contohnya pemberian pelancongan sebanyak RM9 juta,” jelasnya lagi yang juga Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Pun begitu, Kon Yeow menyatakan bahawa terdapat pengurangan kutipan dari keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan sebanyak RM11.69 juta menjadikan jangkaan peningkatan hasil 2025 berbanding 2024 adalah sebanyak RM373.52 juta.

Kon Yeow memberi perincian anggaran hasil kerajaan yang dijangka meningkat bagi tahun 2025 berbanding tahun semakan 2024 itu, sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI