Ketua Menteri puji Ancom Crop Care taja biasiswa 14 pelajar terpilih

Admin
97721941 ffcc 46ba ab92 104ab91909f2 KETUA Menteri (tengah) menyaksikan Abd. Hapiz Abdullah (kiri) menyampaikan sijil biasiswa tajaan Ancom Crop Care kepada salah seorang penuntut universiti dalam majlis berkaitan di Hotel St. Giles Wembley di sini pada 15 Januari 2024.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow merakamkan penghargaan kepada Ancom Crop Care atas penajaan biasiswa pendidikan kepada kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada 14 orang.

9254eafa 44bd 4d93 aae8 17272d08e11f
KETUA Menteri

“Sebenarnya isu (kekurangan) bakat adalah suatu isu yang senantiasa dibangkitkan oleh para pelabur…maka, dengan kerjasama (Kerajaan Negeri dengan) pelbagai pihak termasuk universiti dan sebagainya adalah sebagai memberi respons kepada isu ini.

“Saya memuji inisiatif firma berkenaan atas komitmen mereka ke arah pelaburan masa depan Pulau Pinang dengan menyediakan peluang kepada anak muda kita bagi melanjutkan pengajian tinggi mereka di universiti tempatan,” jelasnya dalam majlis berkaitan di sini pada 15 Januari 2023.

Sehubungan itu, Kon YEOW yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan berharap penajaan biasiswa tersebut sedikit sebanyak membantu keluarga para pelajar berkenaan yang sebelum ini mungkin menghadapi kekangan kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa demi menyediakan peluang kepada anak muda, sejumlah RM60 juta diperuntukan untuk manfaat pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga tahun 2030.

Itu, menurutnya lagi adalah tidak termasuk penyediaan program tuisyen secara percuma kepada 1,500 pelajar terpilih daripada keluarga berpendapatan 40 peratus paling rendah (B40) serta pemberian komputer riba kepada kumpulan sama sebaik sahaja mereka menerima tawaran masuk ke universiti awam.

6a33c628 d86e 4a64 91e7 7ac1bf259ca4
LEE Cheun Wei.

Turut berucap, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ancom Crop Care, Lee Cheun Wei.

Pengerusi Ancom Crop Care, Datuk Dr. Abd. Hapiz Abdullah dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee turut sertai majlis tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING
Video : SIEW CHIA EN