BAYAN LEPAS – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada hari ini meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, Penang Infrastructure Corporation Sendirian Berhad (PICSB) serta Silicon Island Development Sdn. Bhd. (SIDSB) di The Amarene Square, Bayan Lepas.
Turut mengiringi, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato’ Azrul Mahathir Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas; Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pegawai Daerah Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Nadzri dan beberapa pemimpin negeri lain.
Turut serta, mantan Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan mantan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain.
Mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PICSB, Dato’ Seri Farizan Darus dan CEO SIDSB, Dato’ Szeto Wai Loong serta sekalian kakitangan kedua-dua firma tersebut.
Serentak pada majlis sama, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut meluangkan masa menyempurnakan acara menandatangani dwi plak perasmian pembukaan pejabat PICSB dan SIDSB di sini.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD