Ketua Menteri terima kunjungan hormat delegasi SPRM, fokus persediaan PRK

Admin
f7cba2fe 7453 4707 b0db bca9dfc78c5e

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat perkenalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang yang baharu, Mohd. Fuad Bee Basrah sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd. Shukor Mahmud; Pegawai Siasatan, A. Geetha dan Penolong Kanan Penguasa, Mazlan Haha Maideen.

Semasa kunjungan tersebut, Kon Yeow berkesempatan berkongsi mengenai pembangunan semasa negeri antaranya projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta sambungtara talian tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

ba6cef7f 3f9e 42b6 b21d 0dfb120eea3c
MOHD. Fuad Bee Basrah.

Sementara itu, Mohd. Fuad Bee turut memaklumkan bahawa pihaknya bakal membuat persediaan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Pihak SPRM akan sentiasa bersedia serta membuat pemantauan penuh sepanjang tempoh kempen selama 14 hari nanti.

“Sebarang aduan dan juga permasalahan yang ingin dikemukakan juga boleh secara terus datang ke bilik gerakan SPRM,” jelasnya.

Usai pertemuan, SPRM menzahirkan penghargaan kepada Kon Yeow serta kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang banyak membantu perkembangan SPRM sehingga kini.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD