Ketua Menteri terima kunjungan hormat Penasihat Undang-Undang Negeri baharu

Admin
whatsapp image 2025 01 02 at 15.20.54

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang yang baharu, Wan Nor Sakina di Komtar sebentar tadi.

Dalam pertemuan itu, Kon Yeow mengalu-alukan kedatangan Wan Nor Sakina sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri berkuat kuasa hari ini, 2 Januari 2025.

Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai beberapa isu perundangan terkait di bawah bidang kuasa pentadbiran negeri termasuk hal ehwal tanah.

whatsapp image 2025 01 02 at 15.21.45
WAN Nor Sakina Saad.

Difahamkan, pelantikan Wan Nor Sakina ke jawatan tersebut adalah bagi menggantikan Dato’ Roslinda Mohd. Shafie yang telah bersara wajib pada 31 Disember 2024.

Sebelum ini, Wan Nor Sakina merupakan mantan Penasihat Undang-Undang di Kementerian Pendidikan dan pernah berkhidmat di bawah Unit Jenayah Transnasional, Kementerian Luar Negeri.

 

Gambar : ALISSALA THIAN