Ketua Menteri terima kunjungan hormat Pengarah KEMAS Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang, Mohamad Zaki Ismail sebentar tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di pejabatnya dekat Komtar.

Kunjungan julung kali tersebut berlangsung hampir 30 minit dalam suasana harmoni dan mesra.

Selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, antara topik lain yang menjadi perbualan adalah berhubung jalinan kerjasama antara dua pihak terutamanya membabitkan program-program kemasyarakatan serta penganjuran kursus-kursus kemahiran.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : LAW SUUN TING