Ketua Menteri ziarah keluarga OKU maut

Admin
a7e9dba7 82e7 400e 9317 0c85c12cb39d KETUA Menteri (kanan) petang tadi sempat menziarahi serta menyantuni Abdul Halim Othman iaitu ayah kepada Allahyarham Mohd. Faizul Abdul Halim yang maut dalam kejadian samun bersenjata pada 8 Mei lepas di rumah mereka dekat Kampung Guar Perahu, Penanti.

PENANTI – Keluarga kepada orang kurang upaya (OKU) yang maut dipercayai dibunuh dalam kes pecah rumah di Kampung Guar Perahu baru-baru ini menerima kunjungan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyantuni sekalian anggota keluarga kepada Allahyarham Mohd. Faizul Abdul Halim, 44.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan turut menyampaikan sumbangan kepada Abdul Halim Othman, 82, iaitu ayah kepada OKU berkenaan.

Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Penanti, Mohamad Salehan Jahaya turut sertai Kon Yeow menziarahi keluarga Allahyarhamuhu.

Terdahulu, kira-kira 6.30 pagi pada 8 Mei lepas, Allahyarham Mohd. Faizul bersama-sama ibunya, Fatimah Ahmad, 73, diikat oleh suspek dalam kejadian berkaitan.

Allahyarham Mohd. Faizul disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD