Ketua Menteri ziarah mangsa terselamat insiden kebakaran Balik Pulau

Admin
bb589c83 e964 46bd b2eb c98701e29d3b

PULAU BETONG – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebentar tadi berkesempatan menziarahi mangsa yang terselamat dari insiden kebakaran bangunan rumah kedai di Jalan Balik Pulau di sini.

Mangsa, Abdul Rashideen Saida Mohamed, 29, yang terselamat dalam kejadian pada 25 Mei lalu kini ditempatkan di sebuah inap desa dekat sini untuk tempoh sementara.

Selain merakamkan ucapan takziah, Kon Yeow turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang masih lagi bersedih dengan insiden yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya.

0a5194a6 ee9b 4070 97cd 1ca437958321

“Saya telah dimaklumkan Abdul Rashideen bakal dipindahkan ke sebuah kuarters kerajaan yang dijadikan sebagai rumah transit sehingga beliau bersedia untuk berpindah.

“Justeru, saya berharap mangsa dapat pulih daripada trauma ekoran insiden berkaitan dan meneruskan kehidupan, (Abdul Rashideen) turut memaklumkan bahawa terdapat banyak pihak telah tampil memberi bantuan dan beliau juga perlu menguruskan banyak urusan lain.

7f41c3d5 0cc9 46ac baae c3baffef36f5
ANTARA yang turut berkesempatan menziarahi Abdul Rashideen sebentar tadi.

“Dengan ini, diharapkan sumbangan oleh Pejabat Ketua Menteri dapat membantu beliau baik semula dari kejadian ini,” ujarnya yang juga merupakan a Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi seusai lawatan berkenaan.

Hadir sama, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Nadzri; Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor; Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Betong, Ahmad Razaaim Azimi serta wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Dalam pada itu, Siew Khim turut memaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap mangsa.

“Pihak JKM tidak ketinggalan menyalurkan apa jua bantuan yang diperlukan mangsa, termasuk juga khidmat kaunseling.

“Oleh itu, diharapkan Ahmad Rashideen berupaya meneruskan kehidupan selepas ini, pihak JKM juga bakal menjalankan pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

ad7e94d2 8229 44e9 abce 3f280ecd7b45
MOHD. Aswad Nazri semasa sesi sidang media yang diadakan seusai ziarah mangsa.

Mengulas lanjut, Mohd. Hafiz Aswad menyatakan bahawa Abdul Rashideen bakal dipindahkan ke kuarters yang disediakan khas apabila sudah bersedia.

“Setelah (Abdul Rashideen) pulih dari trauma, beliau akan dipindahkan ke rumah transit yang bakal disediakan.

“(Dan) rumah transit berkenaan juga terletak di lokasi yang berdekatan dengan kelompok komuniti setempat, oleh itu (mereka) juga boleh melihat keadaan Abdul Rashideen jika memerlukan sebarang bantuan.

“Di samping itu, bantuan bencana sebanyak RM5,000 juga bakal disalurkan ekoran kerosakan bangunan yang dialami, diharapkan pihak-pihak lain juga boleh datang melawat mangsa agar kita sama-sama dapat membantu,” serunya.

Sementara itu, Mohd. Faris Mansor memberitahu bahawa proses siasatan masih lagi di peringkat makmal dan tiada keputusan dikeluarkan lagi, mengikut KPI (petunjuk prestasi utama), ia adalah dijangka selepas tempoh 14 hari baru keputusan rasmi dibentangkan.

e75868f6 f1c1 418f 9494 7decc296f50d
KETUA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor.

Terdahulu, Mohd. Faris Mansor berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan pada jam 7.01 pagi dan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau tiba di tempat kejadian pada jam 7.16 pagi.

Kebakaran mula terkawal pada jam 8.06 pagi dan diikuti dengan penemuan, mangsa pertama, Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, pada jam 8 pagi; Mohammad Ibrahim Saida Mohamed, 33, (mangsa kedua, jam 9.04 pagi) dan N. Rahbiah Jasmin, 19, (mangsa ketiga, jam 10.01 pagi).

Difahamkan, Noorul Bowjiya (ibu Abdul Rashideen) yang juga seorang balu tinggal bersama tiga anaknya yang masih bujang dan menjalankan perniagaaan bersama-sama di premis bangunan berkenaan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : LAW SUUN TING

Video : DARWINA MOHD. DAUD