Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : FB JAGDEEP SINGH DEO
DATUK KERAMAT – Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (SPEC) sehingga bulan Jun tahun lepas merekodkan 50,718 pemohon ‘dalam senarai menunggu’ untuk membeli kediaman di negeri ini, termasuk 770 unit rumah kos rendah (KSR) dan 1,323 rumah mampu milik (MM) yang akan dibina dekat Jalan S.P. Chelliah di sini kelak.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri memberi keutamaan lebih kepada mereka yang benar-benar layak, sungguhpun bilangan pemohon perumahan pelbagai kategori kian meningkat kebelakangan ini.
Penjelasan itu sekaligus menolak dakyah pembangkang Pulau Pinang kononnya pendaftaran pemohon-pemohon berwajib dengan Kerajaan Negeri langsung tidak diproses oleh SPEC.
“Pada tahun 2013, seramai 1,788 pemohon dipilih, manakala, 5,503 pemohon lain ditawarkan (rumah) pada September tahun lepas.
“Saya amat gembira dengan sambutan hangat terhadap projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Jalan S.P. Chelliah, George Town.
“Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang layak, seperti orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, mereka yang mempunyai masalah kesihatan, mangsa banjir dan yang terpaksa berpindah keluar kerana pembangunan,” jelas Jagdeep yang juga Pengerusi SPEC pada Program Jelajah Misi Pemilikan Rumah MampuMilik Pulau Pinang Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat di sini baru-baru ini.
Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat memberitahu, S.P. Chelliah merupakan antara 12 projek perumahan utama, demi menyediakan 22,545 unit rumah pelbagai kategori meliputi kelima-lima daerah di negeri ini.
Sehingga Jun tahun lepas, beliau memberitahu, 24,399 pemohon rumah kos rendah (KR) berharga RM42,500 seunit dan KSR (23,580, RM72,500). Jumlah pemohon bagi MM berharga RM200,000, RM300,00 dan RM400,000 masing-masing seramai 1,745 orang, 569 dan 423.
Program Jelajah Misi Pemilikan Rumah Mampu-Milik dianjurkan di tiaptiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) sejak 23 Ogos tahun lepas.
Manakala, SPEC ditubuhkan pada bulan Jun 2013, antara lain demi mempercepat proses pengurusan dan mengagihan semua kategori perumahan pemohon secara adil dan telus.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);