Khidmat sokongan PDC, wujudkan ruang kerja ‘Gred A’

Admin
a8 02 sp arena 01

Bukan hanya sekadar pemaju kawasan perindustrian, perbandaran dan kediaman tempat tinggal, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif seperti pengurusan hartanah, kejuruteraan, pengurusan acara dan juga pengurusan penyelenggaraan dan kemudahan. PDC Setia Urus Sdn. Bhd. dan Assets Care Solutions Sdn. Bhd. merupakan dua buah syarikat subsidiari yang mampu membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan yang cukup penting ini kepada semua.

 

Perkhidmatan Sokongan Untuk Penyelesaian Komprehensif 

Perkhidmatan sokongan ini bertepatan dengan komitmen PDC untuk memberi penyelesaian yang menyeluruh kepada para pengguna. Setakat membina bangunan sahaja tanpa perkhidmatan susulan adalah tidak memadai kerana perlu adanya usaha tambahan untuk memastikan setiap pembangunan dapat berfungsi dengan sepenuhnya serta selesa untuk didiami. 

 

PDC Setia Urus: Pengurusan Hartanah dan Acara

PDC Setia Urus Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan pengurusan hartanah dan kejuruteraan khusus kepada bangunan kediaman dan komersial,  merangkumi mercu tanda ikonik seperti KOMTAR, Taman Bandar Arkeologi Sia Boey, SP Arena dan juga medan selera Kompleks Rasa Tropika Bukit Tengah, lot kedai perindustrian Lorong Kulit dan kediaman tingkat tinggi seperti Jiran Residensi, Dua Residensi dan Krystal Idaman.

Seiring dengan peredaran masa, KOMTAR yang siap dibina pada tahun 1985 juga dinaik taraf kemudahannya untuk mematuhi piawaian ketat supaya keselamatan dan keselesaan pengunjung tidak terabai dan penggunaan tenaga berada pada kadar optimum. 

a8 03 komtar walk 01
KOMTAR Walk.

PDC Setia Urus menyelia rancangan peremajaan semula bangunan ikonik ini. Antaranya, laluan pejalan kaki berbumbung yang dinamakan KOMTAR Walk telah diubah elok untuk menempatkan ruang makan santai. Pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memusatkan perkhidmatan agensi utama kerajaan menarik lebih ramai pengunjung ke KOMTAR setiap hari. 

Pasar Sia Boey yang dahuluya sebuah pasar pemborong di tengah Bandaraya George Town turut disegarkan semula menjadi Taman Bandar Arkeologi Sia Boey yang memenangi banyak pengiktirafan dan anugerah. PDC Setia Urus bukan sahaja menambah baik kemudahan permainan tetapi juga menyelenggara sistem penapisannya dan bertanggungjawab mengelola penyewaan tapak di taman ini. Pelbagai aktiviti yang mesra-keluarga seperti Pasar Seni dan konsert mini telah dianjurkan oleh PDC Setia Urus dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta. 

Manakala di Seberang Perai, Dewan Serbaguna SP Arena dilancarkan pada tahun 2015 untuk memperkasa peluang ekonomi  dan kepelbagaian gaya hidup penduduk dalam tetapan bertaraf tinggi. Ia menawarkan ruang praktikal dan serba boleh untuk acara komuniti dan komersial. Ia juga beroperasi di bawah tanggungjawab PDC Setia Urus dalam urusan penyewaan ruang dan penyelenggaraan. 

 

Penyelenggaraan Harta Perindustrian Dipermudahkan: Assets Care Solutions

Dengan matlamat untuk memperkasakan piawaian kualiti tertinggi dalam kemudahan penyewa di harta perindustrian PDC, Assets Care Solutions juga mengamalkan pengurusan model pintar untuk mengurangkan birokrasi dan mempersingkatkan masa tindak balas.

Secara keseluruhan, ia menunjukkan pendekatan holistik untuk mewujudkan ruang kerja Gred-A yang bukan sahaja mempertimbangkan aspek fizikal pembangunan tetapi juga termasuk pengalaman pengguna, penglibatan dan gaya hidup secara menyeluruh. Dengan dedikasi sedemikian, Assets Care Solutions memiliki portfolio yang mengagumkan dalam mengurus bangunan perindustrian yang terkenal seperti GBS@Mahsuri, GBS@Mayang, Innoplex, Technocenter dan SME Center. 

a8 05 gbs @ mahsuri 02
GBS @Mahsuri.

Menyegarkan Masa Hadapan, Membayangkan Semula Pengurusan Bangunan

PDC sedar betapa pentingnya pengurusan hartanah dan bangunan demi mewujudkan bandar yang mampan, berdaya huni dan makmur. PDC Setia Urus dan Assets Care Solutions sebagai subsidiari PDC ini telah mempamerkan rekod yang cemerlang dan terus komited untuk merintis tahap baru pembangunan bertaraf dunia yang disokong kukuh oleh kecemerlangan penyelenggaraan dan pengurusan yang tiada tandingannya.