Kit dan peranti tingkat kecekapan kerja-kerja pemantauan MBSP

Admin
aa863fd3 845e 4494 ad33 a212619fee11

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyediakan kit dan peranti yang mengandungi beg, lampu suluh, tongkat dan topi bagi membantu penyelia-penyelia perbandaran dalam melaksanakan pemantauan yang efisen dan cekap.

Setiausaha Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid berkata bahawa MBSP mengamalkan Management by Walking Around (MBWA) untuk memastikan segala spesifikasi pembersihan adalah dipatuhi dan menepati kehendak yang ditetapkan.

54dcca86 a038 443e af8c 6ac81a538894

b2ed0c48 9869 4797 9820 46d91664527e

“Dalam usaha memperkasakan MBWA, pihak pengurusan tertinggi MBSP bersetuju membekalkan kit dan peranti kepada penyelia-penyelia perbandaran untuk melaksanakan pemantauan yang efisen dan cekap.

“Pemberian kit dan peranti ini adalah bertepatan pada masanya memandangkan cabaran dan keperluan penyelia dalam memantau kerja-kerja pembersihan dalam menjadikan Seberang Perai sebuah bandar yang bersih dan indah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kit Dan Peranti Pemerkasaan Pemantauan Kepada Penyelia Perbandaran dekat Menara MBSP di sini pada 15 Disember lalu.

Baderul Amin berkata, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBSP telah membangunkan sistem yang dinamakan Sistem i-Sweep (Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Bersepadu).

“Sistem ini digunakan oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran seramai 222 orang meliputi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam Kanan, Pembantu Penguatkuasaan dan Mandor.

“Adalah diharapkan penyerahan kit dan peranti ini kepada penyeliapenyelia perbandaran akan memudahkan pelaksanaan kerja-kerja pemantauan dan meningkatan kecekapan pegawai-pegawai di lapangan,” ujarnya lagi.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : MBSP