KK Super Mart pilih Pulau Pinang buka cawangan ke-883

c204f1ed 64a5 4d54 bb9d a7da7bec67f9

AIR ITAM – Rangkaian perniagaan serbaneka, KK Super Mart memilih Pulau Pinang bagi pembukaan cawangannya yang ke-883.

Perasmian KK Super Mart yang juga pertama di Pulau Pinang itu dirasmikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang mana beliau yakin bahawa KK Super Mart akan menerima sokongan dalam kalangan rakyat negeri ini di samping menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya gembira mendengar beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh KK Super Mart dengan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 5,000 orang di seluruh rangkaiannya seluruh Malaysia.

whatsapp image 2024 08 30 at 2.12.30 pm (1)

“Selain itu, pelbagai inisiatif untuk memperkasakan pekerja-pekerja sehingga mereka mendapat sijil, diploma dan lain-lain, seterusnya berpeluang menjadi usahawan seperti pengasasnya turut ditawarkan,” ujarnya pada pada Majlis Perasmian KK Super Mart Pertama di Pulau Pinang dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang; Pengarah Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Danny Koay Hock Tsiang dan Ketua Balai Polis Air Itam, Asisten Supritendan G. Karunagaran.

Kon Yeow dalam pada itu menyambut baik KK Super Mart yang bergerak seiring teknologi semasa yang mana selain daripada cawangan fizikal, KK Super Mart juga menjalankan perniagaan dengan aktif dalam talian melalui laman sesawang, kkmart.my bagi membolehkan para pengguna mempunyai kemudahan membuat pesanan di hujung jari sahaja.

“Saya harap KK Super Mart dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti di sini khasnya.

“Selain menjual barangan harian, KK Super Mart turut menyediakan perkhidmatan membayar bil, tambah nilai pra bayar untuk kesenangan penduduk,” ujarnya lanjut.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Video : LAW SUUN TING