TURUN PADANG…Lawatan kerja Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ke Pasar Awam Apollo, Butterworth baru-baru ini disambut meriah oleh para peniaga dan pengunjung yang datang pada hari tersebut.
Pasar awam yang memuatkan hampir 500 peniaga meliputi pasar basah (makanan laut, darat) dan pasar kering (aksesori, pakaian dan barangan dapur) kelihatan sesak dengan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan begitu teruja dengan kehadiran Ketua Menteri pada pagi berkenaan.
Tinjauan mendapati, terdapat dua buah bumbung yang tidak dapat dipasang kerana dihalang oleh kehadiran sebatang tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebahagian pasar berkenaan. Justeru, pada lawatan tersebut, arahan telah dikeluarkan supaya tiang tersebut dialihkan ke tempat lain bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan bumbung untuk keselesaan peniaga di kawasan tersebut (dilindungi daripada terkena hujan dan panas).
Turut sama mengikuti rombongan ialah Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Ahli Majlis MPSP, Soon Lip Chee dan beberapa orang pegawai kerajaan.