KM rasmi Complex Cardiovascular Intervention

Oleh: MARK JAMES

SIHAT… Institusi kesihatan diseru berganding bahu dengan Kerjaaan Negeri demi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa menyempurna majlis perasmian Complex Cardiovascular Intervention 2013 di Batu Feringghi baru-baru ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 senantiasa mencari jalan untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat ke arah merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.